Friday 28 February 2014

Ottocoop

Rasuah (Bribe) atau Hadiah (gift)

Rasuah =Memberi hulurkan sesuatu bantuan yg mendesak/didesak oleh antara satu pihak dgn pihak yg lain;misalnya=saya minta bantuan agar diluluskan passport perjalanan dgn secepat mungkin, agar permintaan saya tu dpt disegerakan maka saya hulurkan dgn bayaran,bukan deposit(bayaran permulaan)tetapi bayaran merupakan rahasia tanpa diketahui org lain dan permintaannya dicepatkan/dimakbulkan...

Hadiah=ialah sesebuah pemberian dr merupa apa pun untuk menjalinkan silaturrahmi/setiakawan agar lebih erat.

Dalam Hadith Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
Ambillah pemberian selagi mana ianya merupakan satu pemberian ( Ikhlas ). Bilamana ianya menjadi rasuah pada Agama (Syariat) jangan kamu ambil...

Buatlah penilaian sewajarnya adakah apa-apa tujuan disebalik pemberian tersebut... Dan jikalau diambil pemberian tersebut janganlah pula menggadaikan tanggungjawab yang diamanahkan... Hadiah tersebut mestilah tidak memberikan apa-apa kesan kepada tanggungjawab,amanah dan keadilan dalam melaksanakan satu-satu tugasan.

Monday 24 February 2014

Penolakan Hadith/ Hadis secara total (Anti Hadis)

Penolakan Hadith/ Hadis secara total

Dalam sebuah hadith yang sahih diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam telah bersabda;
يوشك أن يقعد الرجل متكئاً على أريكته يحدث بحديث من حديثي فيقول بيننا وبينكم كتاب الله ، فما وجدنا فيه من حلال استحللناه ، وما وجدنا فيه من حرام حرمناه ، ألا وإن ما حرم رسول الله مثل ما حرم الله

'Akan datang (suatu zaman) apabila ada orang yang bersandar di tempat duduknya, meriwayatkan sebuah hadith daripada hadith aku, lalu kemudian dia berkata; 'Antara kami dan kamu ialah kitab Allah, apa yang kami dapati di dalamnya halal maka ianya halal dan apa yang kami dapati di dalamnya haram maka kami akan haramkannya. Ketahuilah, sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah adalah sama dengan apa yang diharamkan oleh Allah.' [Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim]

Allah juga berfirman dalam surah Al-Nisa;
مَنْ يُطِعْ الرَّسُول فَقَدْ أَطَاعَ اللَّه
"Barangsiapa yang mentaati rasul, maka dia telah mentaati Allah.' [An-Nisa:80]

# Kemunculan mereka ini sudah diramalkan oleh Nabi Salallahualaihiwassalam, dan keadaan mereka ialah sangat bersenang-lenang dengan dunia, bercakap agama sambil bersandar atas kerusi mereka.

# Mereka akan mengatakan pegangan mereka cuma al-Quran sedangkan baginda Rasulullah menegaskan bahawa hadith dan sunnah baginda ialah sama dengan apa yang dibawa oleh Al-Quran.

Nasib mereka ini disebut dalam hadith yang lain, bahawa baginda salallahualaihiwassalam bersabda; 'Setiap umatku akan masuk ke syurga kecuali orang yang engkar. Lalu para sahabat bertanya, siapa yang enggan wahai Rasulullah? baginda menjawab;
من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى
'Barangsiapa yang mentaati aku maka dia akan masuk syurga dan barangsiapa yang menderhaka kepada aku maka dia termasuk di kalangan orang yang enggan.' [Riwayat Al-Bukhari]

Tulisan Agung

Tulisan Agung

Petikan dari sumber sahih-
Aku membawa tulisan tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama kemudian, aku mendengar jeritan dan tangisan berkata, "Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan tersebut." Demi kebenaran sahabat Mu, tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku berjanji tidak akan datang mengganggumu lagi. Abu Dajanah menjawab, "Aku tidak akan membuangkannya sehingga Rasulullah menyuruh aku membuangnya."

Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang subuh. Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah, aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.

Dibawah disertakan soaljawab tentang hadis tersebut Soalan:
1. Apakah status kesahihan hadis ini?

2. Dikatakan juga bahawa ianya peristiwa tulisan agung dan keistimewaannya dpt menghalang gangguan makhluk halus, menghalang ilmu hitam dll.

3. Jika ianya hadis sahih, bolehkah tulisan tersebut dibuat tangkal utk budak-budak menangis mlm atau utk kegunaan sendiri? (semuanya sekadar ikhtiar)

4. Bagaimanakah cara yg sebaiknya utk beramal dgn hadis diatas, tulisan tersebut dilipat dan dibawa bersama, dibuat tangkal atau sebaiknya sekadar menghafal ayat tersebut dan dibaca bila perlu?

5. Bagaimanakan status pengunaan tangkal terutama utk kanak yg pada asalnya utk mengelakkan [email]sawan@menangis[/email] yg payah berhenti. Tangkal tersebut mengandungi ayat2 Al-quran atau tulisan yg tidak mengandungi unsur2 memuja atau syirik dan adab2 lain dijaga seperti tidak dibawa ketandas.

dll Post subject: Re: SJ-2099: Kesahihan hadis Abu Dujanah ------------------------------------------------------------------------ �
Jawab:

1. Status hadis tangkal Abu Dujanah ini adalah Maudhu' (palsu). Ia dikeluarkan oleh Imam alBaihaqee dalam Daailan Nubuwwah 1/118. Imam alHafedz Jalaludin asySyuyuti mentakhrijkan sebagai maudhu' (Allaali ul Masynu'ati fil Ahadithil Mawdhu'ati 2/347)

2,3,4 Tidak releven sebab ia hadis palsu

5. Penggunaan tangkal dalam perubatan adalah khilaf fiqhi. Imam Hasan alBanna (Risalah Ta'alim, Usyul Asyreen #4) menyerahkan kepada umat Islam dengan syarat berikut spt mana yg digariskan oleh Imam Syuyuti (Fathul Majid/128): a. Ia berbentuk ayat AQ, asma' Allah atau sifatnya b. dengan bahasa Arab yg dimengerti maknanya c. I'tikad bahawa tangkal tidak boleh memberi kesan dgn sendirinya. Syaikh Muhammad alGhazali, mujtahid terbaik abad ini menolak tangkal walaupun dari ayat AQ kerana dalil2 melarangnya adalah umum dan juga atas kaedah Sadd adDzara'iy, yakni jika dibolehkan tangkal dari ayat AQ, ia membuka ruang kepada tangkal dari perkara2 lain.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat